salam....
lama betul aku tak update cerita kat sini..terlalu busy sangat dengan "aktiviti" sampai lupa nak update cerita kat sini..pape pun aku nk ucapkan selamat tahun baru 2011 pada pelayar blog aku ni...hehehehehe..moga korang perolah kecemerlangan pada tahun mendatang,Insyaallah...Pada tahun 2010 memaparkan betapa ramainya kawan-kawan aku menukar "status" masing-masing...ada juga yang melangsungkan majlis pertunangan..ada yang baru bergelar bapa,ada yang baru bergelar graduan,dan ada pula yang bergelar "STUDENT"..hehehehehe......Pada aku tahun 2010 memberi seribu satu cerita dalam perjalanan hidup aku..ada suka,ada duka,gembira,sedih dan lain-lain...Benda yang paling aku ingat tahun 2010 ni adalah "tsunami" yang melanda Office lama aku..dalam masa 2 bulan,3 orang yang berenti kerja...aku masih ingat sebulan sebelum projek kat Ipoh siap,boss aku ada call petang tu suruh siapkan projek ipoh cepat-cepat dan balik office secepat yang boleh.Esoknya pulak,aku faxs surat resign pagi-pagi kat boss aku..terkedu kerani office aku baca faxs tu..hehehehehehe..mmg aku ingat sampai sekarang peristiwa tu..heheheheheh...
so,tahun baru ni aku akan cuba mulakan perancangn "fasa 2" aku.Insyaallah pertengahan tahun 2011. Rasa macam sudah bersedia untuk harungi "fasa 2" ini....ok..sampai sini saje cerita aku..pada semua pelayar blog aku,selamat tahun baru...jadikan perubahan tahun itu satu titik perubahan kearah yang lebih baik..sebaik-baik manusia itu adalah menjadi yang lebih baik dari semalam....rugilah seorang manusia itu jika hari ini lebih teruk dari semalam...
Usaha,Doa,Tawakal......
