BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal...

salam...

Tutup tirai sudah ramadan tahun ni..di harap ramadan kali ni kita berjaya tingkatkan amalan kepada Allah lagi-lagi 10 malam terakhir ramadan...ramadan kali ni pun kite bnyk di kejutkn dgn isu politik yg agak dangkal untuk di ceritakan..aku harap satu hari nanti,rakyat malaysia akan di sajikn dgn satu budaya politik yg sihat.tidak seperti ape yg berlaku sekarang..Kita juga di kejutkn dgn isu JAIS..bg aku ada pendapat yg membina,ada pendapat "lepas tekak" dan ada pendapat yg di bayangi dgn "hantu" politik...sebenarnye masalah ini merupakan masalah kita semua..kita lupa akan kesusahan dan penderitaan org lain....

Bagi aku ramadan kali ni punyai banyak cerita..suka,duka,terkilan,terkejut dan sebagainya..Bermula dari "offer ramadan" dari company baru aku,kemudian insiden "seminggu" yg menyaksikan perletakkan jawatan aku sehingga la satu statement yg "keras" dari seseorang....macam aku panah cakap..setiap manusia ada jalan ceritanya sendiri..setiap jalan cerita itu sebenarnye mengajar kita untuk jadi lebih success di masa hadapan,sejauh mana kita menilai suatu perkara yang terjadi dari sudut positif atau negatif akan menjadi petunjuk jalan kejayaan..yang paling penting 3 konsep utama dalam kehidupan iaitu doa,usaha dan tawakal..Insyaallah,Tuhan akan bantu kita dalam menuju meniti kejayaan...So next week aku akan mula dgn hidup "baru"..semoga Allah memberkati usaha kalian...

sampai sini je..gua cabut dulu....

Friday, August 5, 2011

Bertemu dan Berpisah

salam....

entry yang agak "berbunga" dari aku tetapi inilah hakikat sebenar dalam hidup.walaupun orang lebih rela berjumpa dgn "Pertemuan" tetapi cuba ngelat dgn "perpisahan".Manusia perlu menerima hakikat setiap setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan...Perpisahan dari segi apa itu mmg susah di uraikan kerana prespektif "perpisahan" itu sendiri amat meluas dan makna yang mendalam pada setiap individu..sebagai contoh perpisahan berlaku akibat perceraian,perpisahan berlaku apabila bertukar locality,perpisahan berlaku akibat tukar tempat kerja dan sebagainye.....ia juga memberi kesan positif atau negetif kepada individu sendiri berdasarkan tahap penilaian kesan itu sendiri.Bak kata cikgu aku dulu "lebih bnyk kita berfikir positif,lebih mudah urusan kita"....jelas lagi nyata bersikap positif itu sendiri boleh di jadikan sbg pemangkin untuk kejayaan akan datang..sikap positif juga mampu memberi semangat untuk menempuh halangan dalam hidup...jangan mudah "lemah" dengan perpisahan,anggaplah semua itu rencah dalam hidup...macam entry aku dulu,kegagalan bukan satu titik noktah dlm kehidupan,perpisahan juga bukan satu penamat dalam hidup..bersedia menghadapi saat perpisahan dengan kuatkan faktor rohani dan juga jasmani....berdoalah pada tuhan agar di permudahkn jalan kita di muka bumi....Insyaallah.......sekian

wassalam.....

Tuesday, July 26, 2011

Ape ini..?????

Salam.....

"hidup bagaikan pentas opera...tirai baru di buka..cerita baru bermula..."..secebis bait lirik dari kumpulan Rock suatu masa dulu...bait-bait ini banyak menceritakan seribu satu maksud yang mampu di tafsir oleh semua manusia di muka bumi ini..hanya tafsiran itu yang berlainan....Macam geologist aku cakap masa S.I dulu.."setiap apa yang di tulis dalam borelog itu satu hipotisis dari geologist.."..bagi yang betul-betul mahir pasti bole betah ape yang di tulis dan di tafsir mereka-mereka ini,macam aku cakap tadi,ia nya satu hipotisis..heehehehe..

berbalik pada topik asal aku...kadang-kadang orang sanggup buat apa saja untuk menampakkan dirinye itu "GAH" di mata orang lain...tak kira la dgn cara baik atau sebalik nye...ada juga sanggup berhutang bagai asalkan dirinye nampak lebih "UP" sikit dari orang lain...ada pulak kes sanggup menggunakan harta orang lain asalkan nampak "Macho" dari org lain....heeheheheheh...itu lah namanye satu "lakonan" dalam kehidupan...Kalu korang dengar lagu Opera kehidupan (Wings) dan hayati betul2 lirik yang di sampaikn pasti korang faham...yang menentukan "lakonan" atau kejujuran hidup ini terletak pada diri kita sendiri.kita sendiri yang mencorakkan warna serta perjalanan hidup itu sama ada kearah lebih baik atau sebaliknya....jadi kesimpulannya,Allah bagi kita akal fikiran supaya kita nilai sesuatu perkara dari segi baik dan buruk nye....Tak kemana kalau kita bermegah diri,nanti kita juga yang rugi...

sampai sini saja nukilan ringkas ku...

Salam & Chowww.....

Sunday, July 17, 2011

Ya atau Tidak....

salam..

Setelah sekian lama aku menyepi,akhirnya aku tergerak hati nak menulis balik.Last entry aku kalau tak silap pada 1-1-2011 dan pada hari ni iaitu 17-7-2011,bermakna hampir 7 bulan aku menyepi dalam blog sendiri.

Tajuk entry kali ini agak santai.Sesantai berkelah di pantai Cherating...hehehehehe..Ya atau tidak itu lah entry aku kali ni.Apa sebenarnya maksud "Ya atau Tidak" ini.Adakah ianya salah satu perkataan popular dalam pertuturan atau soalan kertas Julai bahasa melayu SPM??...Dalam sedar atau tidak,ayat "Ya atau Tidak" itu sendiri menggambarkan seseorang itu perlu membuat pilihan.Perkataan "Ya" itu sendiri sebenarnya menceritakan pilihan "jalan" kita selepas ini.Seharian manusia pasti bertemu "persoalan" yang sedemikian.Soalan yang memerlukan ketetapan atau jawapan dari individu itu sendiri.Manusia perlu membuat pilihan atau keputusan atas semua perkara dalam hidup sama ada dalam aspek fizikal atau rohani itu sendiri.Yang pasti setiap keputusan yang di buat biasanya di pengaruhi oleh banyak faktor terutama faktor luaran.Adakala jawapan sesuatu perkara di buat atas dasar persekitaran individu itu sendiri.Sebagai contoh aspek keluarga menjadi faktor utama dalam membuat setiap keputusan.Adakala pula faktor kawan-kawan dan sosioekonomi menjadi sebab sesuatu keputusan di buat.Titik tolak dari kita sendiri dalam membuat keputusan,adakah faktor-faktor yang di nyatakan itu sendiri banyak mempengaruhi setiap keputusan walaupun pahit untuk di tafsirkan. Kalau niat kita itu kerana Allah,Insyaallah keputusan yang kita anggap pahit itu pasti akan di balas baik suatu hari nanti...

Setiap manusia mempunyai jalan hidupnya sendiri.Ada orang ikut jalan "jauh" untuk berjaya dan pula "dekat" untuk berjaya.Jangan pula kita merungut kerana lambat untuk peroleh sesuatu.Semuanya itu ada hikmah atau cerita di sebaliknya yang hanya Allah saja yang tau sebab nya.Semuanya bermula dari kita sendiri yang membuat keputusan dalam setiap persimpangan dalam hidup.Yang penting,jangan cepat angkuh dengan kejayaan,jangan mudah mengalah dengan kegagalan.Tingkatkan usaha dalam apa jua dilakukan dan pastikan kerana Allah..

Doa,usaha dan Tawakal...

Salam n Choww...

Friday, December 31, 2010

bye-bye 2010..welcome 2011

salam....


lama betul aku tak update cerita kat sini..terlalu busy sangat dengan "aktiviti" sampai lupa nak update cerita kat sini..pape pun aku nk ucapkan selamat tahun baru 2011 pada pelayar blog aku ni...hehehehehe..moga korang perolah kecemerlangan pada tahun mendatang,Insyaallah...Pada tahun 2010 memaparkan betapa ramainya kawan-kawan aku menukar "status" masing-masing...ada juga yang melangsungkan majlis pertunangan..ada yang baru bergelar bapa,ada yang baru bergelar graduan,dan ada pula yang bergelar "STUDENT"..hehehehehe......Pada aku tahun 2010 memberi seribu satu cerita dalam perjalanan hidup aku..ada suka,ada duka,gembira,sedih dan lain-lain...Benda yang paling aku ingat tahun 2010 ni adalah "tsunami" yang melanda Office lama aku..dalam masa 2 bulan,3 orang yang berenti kerja...aku masih ingat sebulan sebelum projek kat Ipoh siap,boss aku ada call petang tu suruh siapkan projek ipoh cepat-cepat dan balik office secepat yang boleh.Esoknya pulak,aku faxs surat resign pagi-pagi kat boss aku..terkedu kerani office aku baca faxs tu..hehehehehehe..mmg aku ingat sampai sekarang peristiwa tu..heheheheheh...

so,tahun baru ni aku akan cuba mulakan perancangn "fasa 2" aku.Insyaallah pertengahan tahun 2011. Rasa macam sudah bersedia untuk harungi "fasa 2" ini....ok..sampai sini saje cerita aku..pada semua pelayar blog aku,selamat tahun baru...jadikan perubahan tahun itu satu titik perubahan kearah yang lebih baik..sebaik-baik manusia itu adalah menjadi yang lebih baik dari semalam....rugilah seorang manusia itu jika hari ini lebih teruk dari semalam...

Usaha,Doa,Tawakal......


Tuesday, November 23, 2010

sem 8 & Graduasi

salam...

sebelum aku nk cerita lebat-lebat dlm entry ni,aku nak ucapkan tahniah pada member-member aku yang akan berkonvokesyen bulan ni...semoga kalian "enjoy" sepuas-puasnye bersama rakan-rakan kalian sebelum masuk "fasa" kehidupan yang baru...

ptg semalam aku saje je turun jogging kat taman tasik,lama sgt tak turun jogging masa weekdays ni..hehehehehe..,jadi aku nampak la budak-budak "U" yg mengenakan jubah yang akan di pakaikan pada pagi ni...bila tgk secara mata kasar mmg nampak mcm "tah apa-apa" je tapi korang yang bergraduasi mmg berhak untuk berasa megah atau di hormati dalam erti kata sebenar di raikan pada hari itu...kadang-kadang aku terkilan gak pasal ada universiti atau kolej kelihatan mcm nak tak nak je raikan graduan-graduan ini..buat majlis ala kadar je...padahal dulu duit aktiviti setiap sem korang sapu baik punya....Hari konvokesyen ni lah dapat kumpul member-member satu malaysia yang bakal korang takkan jumpa lagi di masa akan datang.yelakan,masing-masing bawa haluan sendiri...hehehehehe..

bila ingat graduasi ni,aku teringat balik kisah aku kat YPM kuantan..hehehehehe..mana taknye,ambik diploma pun sampai 4 tahun..yang haru nye sem 8 aku ambik 1 subjek je..hehehehehe...aku masih ingat masa aku tunjuk transkrip aku kat sorang lecturer,boleh plak dia kata " bnyk makan semut ni..."....hehehehehe..relek je sound direct camtu...tapi aku tetap bangga ramai member-member aku yang satu sem 8 dgn aku boleh dikatakan berjaya sampai ada yang bekerja kat luar negara...syabas aku ucapkan kat korang...

"kegagalan" itu sebenarnya bukan penyebab untuk kita putus asa setiap usaha yang di lakukan..."kegagalan" juga sebenarnye menjadi penunjuk aras kepada usaha kita itu adakah menepati piawaian untuk capai "target" kita sendiri...jangan pula kita menyalahkan takdir atas setiap kegagalan......sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH,dan yang buruk itu datang dari kita sendiri sbg manusia....hanya individu itu sendiri yang mampu mengubah nasib diri nye..yang penting "Usaha,Doa dan Tawakal"...kerana ALLAH tau apa yang terbaik untuk hambaNYA....

akhir kata dari aku,beranilah untuk tempuh kegagalan...kegagalan itu sebenarnya bukan pengakhiran sebuah kehidupan..kegagalan itu merupakan titik mula kearah satu kejayaan..Insyaallah....Good Luck pada calon SPM yang baca Blog aku ini....

Sunday, November 14, 2010

hmm...nak sambung ke idak...

salam....


"nak sambung ke idak???..."..satu persoalan yang bermain di minda aku sekarang ni..walaupun aku memang comfirm takkan masuk untuk intake januari depan kerana ada benda lain yang lagi penting untuk aku "grab" dalam masa 7-8 bulan ni....

sebelum aku melalut jauh ke laut....aku nak ucapkan tahniah kat member aku sorang ni yang bernama Wan kerana secara rasminya telah layak untuk di panggil ayah..abah..baba..walid..daddy..hehehehehhehehe....Didik la anakmu itu dengan didikan agama yang cukup supaya anakmu itu kelak menjadi insan yang berguna di masa hadapan..kalau bole ko ajarlah anak ko tu main badminton..mane tau satu hari nanti ko bole pair dengan anak ko..hehehehehe...aku juga nak ucapkan tahniah kat member-member aku yang dapat sambung belaja balik januari ini...selamat kebali ke "kelas" buat korang..heheheheheh..aku????

berbalik pada entry aku kali ni..aku masih ingat suatu ketika dulu pada tahun 2004.pada masa tu aku baru je kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta,hati aku memang terdetik tak mahu sambung degree.yelah kan,nak abiskan diploma pun semput..pointer pun 2.0 JER..inikan pula nak sambung degree...Tapi pada 2005,hati aku terdetik nak sambung plak..pada masa tu aku terfikir ini lah masa terbaik untuk berubah walaupun pada masa tu aku baru je tukar tempat kerja jadi site supervisor dan kena posting ke kelantan.gaji pun not bad.di tambah plak pada masa tu mmg susah nk dapat kerja.kalu aku berhenti kerja memang satu pertaruhan besar...jadi aku ambik keputusan untuk berhenti kerja dan sambung balik study aku...selebihnya aku berserah kepada ALLAH.....

pada situasi sekarang jelas berbeza...mental dan fizikal aku mmg belum set untuk study lg walaupun niat untuk sambung tu mmg ada....aku harap 7-8 bulan ni aku dapat beri jawapan tentang persoalan aku tadi....

ok..chow...